tabung masa depan

Tuesday, March 6, 2012

Leka melayari facebook

semalam kot yg kisah pasal budak 5 tahun ilang..pg beli maggi then hilang..masa me baca berita tu ..mmg me agak marah lah jugak kat mak dia..yelah ada ke patut suruh budak 5 tahun g beli sendiri...mungkin la before this budak tu dah perbah dan biasa buat gitu ..g beli sendiri kat kedai tu..tapi for me as a mum ..me x TAK kan biarkan anak me g beli sendiri biarpun kedai tu depan umah..jalan 5 langkah pun dah sampai..pasal la nie banyak kes kan yg budak hilang..lagi2 la dok bandar..so alih2 ari nie bukak metro lagi terkejut ..MAK DIA AKUI TERLEKA MELAYAN PESBUK...what!!!!!..come on la..layan pesbuk..tu layan la jugak..tapi at the same time kena la perhatikan anak sendiri kan..tapi yelah nak buat cam mana benda dah nak..tapi kalau kes nie me rasa boleh di elakkan la kalau kita sentiasa berhati-hati..apa -apa pun di harapkan Dirang tu cepat-cepat di temui..faham sngat la perasaan seorg ibu kalau anak hilang..

credit to Harian metro online

Tampal poster cari anak hilang

Oleh Mahaizura Abd Malik
metrojb@yahoo.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PASIR GUDANG: “Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan.

Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera.

“Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran.


“Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung.

“Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,” katanya.

No comments: