tabung masa depan

Thursday, February 25, 2016

Seluar Harem is every women's obsession








Hai uolssss
Saya kan sebenarnya nak buat pengakuan
Seriously saya sebenarnya suka giler dengan seluar harem  sebab apa tau:

3 Sebab Seluar Harem Menjadi Pilihan Ramai Wanita
Turut dikenali sebagai ‘seluar aladdin’, seluar harem sememangnya cukup popular sejak dahulu lagi dan ia berasal dari negara Timur Tengah. Seluar dan harem pants ini sebenarnya merupakan pakaian harian kaum lelaki Timur Tengah yang kini telah menjadi salah satu pakaian wanita yang cukup digemari ramai. Apa yang membezakan rekaan seluar harem dengan rekaan seluar wanita yang lain adalah potongannya yang longgar dan mempunyai cuff di bahagian buku lali. Ia berbeza dengan rekaan seluar palazzo yang berpotongan loose dari bahagian atas sehingga ke bawah. Koleksi harem pants yang cukup popular ini digemari kerana 3 sebab utama iaitu;



Versatile – Ia boleh dipakai untuk ke mana sahaja dan pada bila-bila masa. Anda boleh memakai seluar harem ini sebagai pakaian kasual mahupun pakaian formal ke pejabat. Ia bergantung kepada citarasa anda untuk berfesyen dan membuat padanan. 


Sesuai sangat lah dengan saya ni yang memang MAK MAK yang memerlukan seluar yang versatile..iyolah senang nak g hantar denan ambik anak kat sekolah dengan penuh versatile..idok la pakai tracksuit jer memanjang..kan bergaya gitu..anak anak saya pun suka sangat..iyolah mama depa brgaya even jadi ‘driver’ depa…jangan kata surirumah tak bergaya tauuu.hahaha
Selesa – Potongan seluar yang loose ini memberikan keselesaan kepada kaum wanita terutama sekali ketika harus berjalan sepanjang hari. Fabrik yang sering digunakan juga adalah fabrik cotton yang tidak panas dipakai dan boleh menyerap peluh.

Hah ni lagi satu..memang TIP TOP la kain dia..fabrik cotton memang menjadi pilihan..saya kan kalau pilih seluar memang akan telitu bab2 kain..kain cotton jadi pilihan no.1..dah lah tahan lasak.serap peluh lagi..lagi lagi lah ada anak kecik..memang bergerak sepanjang masa dok layan si comel hadid tu…ada satu hari tu hadid buat larian marathon di mall..puh penat nak kejar..tapiiii tak pe when pakai seluar harem dengan penuh confident langkah di bukak dengan besar sebab seluar harem kain dia serap peluh dan potongan loose uolss,,tak risau lah kalau  terjatuh sebab x cukup langkah..hahha